Ahad, 30 Mac 2014

Pemuda Subuh

Pemuda subuh....

Secara konsisten saya berpendirian bahawa pemuda yang bersolah subuh secara berjamaah adalah di kalangan pemuda yang istimewa. Apatah lagi bagi mereka yang berjaya meredahi kesejukan pagi di musim 'winter' yang mencecah 0'C.

Inilah di antara indikator kepada generasi yang sentiasa cuba untuk meneladani generasi pejuang seumpama generasi Mohamd al Fateh dan generasi Solahuddin al Ayyubi.

Wahai puteri Muslimah,

Sekiranya anda dilamar oleh seorang pemuda, tanya kepada mereka samada mereka juga melepasi kriteria pertama iaitu bersolat subuh secara berjamaah.

Wahai bakal mertua,

Sekiranya puteri anda dilamar mereka, murahkan mahar atau harga hantaran supaya perkahwinan mereka diberkati dan anda bakal menerima menantu dan cucu yang hebat.


Salam persaudaraan dan salam pejuangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan