Ahad, 30 Mac 2014

Himpunan Hadis-Hadis

1) Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR Tirmizi)

2)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang hendak merasai kenikmatan iman, maka hendaklah dia mencintai orang Islam yang lain, semata-mata kerana Allah. (HR Musnad Ahmad, Bazzar dan Majma uz Zawaid)

3)‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan. (HR Musnad Ahmad)

4)Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar. (HR Muslim)

5)Dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meninggalkan sembahyang dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya. (HR Bazzar, Tabrani)

6)Dari Hind bin Abi Halab r.a ketika menceritakan peribadi Nabi SAW berkata bahawa Rasulullah SAW; (kerana umatnya) berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun. Baginda selalu diam dan tidak akan berbicara jika tidak perlu. (HR Tirmizi)

7)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam. (HR Bukhari)

8)hHadis Nabi s.a.w yg diriwayatkan oleh Abdullah Bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :

" Bahawa Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari . Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang , didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa . Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini , sedangkan aku diutus oleh Allah ta'ala untuk mencabut nyawanya , tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa "

9)Dari Abu Darda r.a meriwayaatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada siang dan malam kecuali Allah mengurniakan kepada hambaNya KeEhsananNya dan sedeqah. Dan tiada keehsanan yang lebih baik daripada berzikir kepadaNya. (HR Tabrani)

10)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah. (HR Tirmizi)

11)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Keelokkan dan kesempurnaan seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (HR Tirmizi)

12)Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim)

13) Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian. (HR Tirmizi)

14)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan memasuki syurga bagi orang yang tidak memelihara jirannya dari kejahatannya. (HR Muslim)

15)Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan