Ahad, 30 Mac 2014

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Bersediakah kita?

akhi,ukhti ~
|| yang masih mencari jawapan ||

Fatimah Syarha
"Ustazah, mana lagi baik ya, nikah masa belajar atau nikah lepas belajar." Soalan 'femes' itu ditanya oleh moderator selepas tamat forum.

"Hmm. Ustaz Tengku Rasyid banyak pengalaman. Lebih layak menjawabnya." Saya 'pass' soalan itu kepada Pensyarah yang duduk di tepi suami saya. Saya sedia maklum dengan kewibawannya.

Wajah kebapaan itu lama terdiam. Di meja makan VIP , moderator menanti-nanti jawapan.

Saya yakin diamnya berfikir jauh merentas teori dan pengalaman. Ada 'mutiara' yang bakal dia hulurkan.

"Akhi pernah tengok orang lawan bola?" tanya Ustaz Tengku Rasyid.

"Ya."

"Masa lawan tu, dia baru nak berlatih atau masa tu dia dah sedia dengan latihan sebelum perlawanan?"

"Mesti kena berlatih dulu."

"Ya. Perkahwinan itu medan. Ia perlukan 'latihan' dan 'persiapan' sebelum masuk ke medan."

Siapa siapkan diri cepat, bolehlah nikah cepat. Pilihan di tangan anda. Tiada paksaan. :)

Zaman Aku

 Aku hidup di zaman menegakkan sunnah itu bathil,merayakan ibadah itu adalah haq yang sebenar benar haq.

Aku hidup di zaman meriwayatkan hadis soheh itu Wahhabi yang sesat,mengamalkan hadis dhoif itu termasuk di dalam Ahli sunnah di atas alasan Fadhail Amal,

Aku hidup di zaman andai berdalil menggunakan wahyu Nabi dari Allah(al quran dan ssunah) dalil itu tertolak dengan qaul sheikh sheikh yang mendapat wahyu dari mimpi,

Aku hidup di zaman menyatakan haq itu menunjuk nunjuk,sementara bathil itu pandangan yang harus dirai,

Aku hidup di zaman wujudnya golongan yang prinsip ‘salamatus shodri’(berlapang dada)nya hinggakan terpaksa menutup mulut hatta terhadap firqah yang syirik,kononnya menjaga kesatuan islam,

Aku hidup di zaman orang yang mengikut sunnah itu bagaikan seekor angsa hitam dikalangan ribuan angsa putih,

Aku hidup di zaman Islam itu sekadar pelaris novel,cerpen dan drama,

Aku hidup di zaman pelacur pun memakai purdah,di gelar ustazah,

Aku hidup di zaman pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan menjadi halal andai mengubah kata ganti nama ,”hai akhi,hai ukhti.”

Nauzubillah!

__________________________________________________
Intaha,daku mengakhiri status ini dengan sebuah hadis,

اِنَّ اْلاِسْلاَمَ بَدَأَ غَرِيْبًا وَ سَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ، فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ. قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَ مَا اْلغُرَبَاءُ؟ قَالَ: اَلَّذِيْنَ يُصْلِحُوْنَ عِنْدَ فَسَادِ النَّاسِ. و فى رواية، فَقَالَ: اَلَّذِيْنَ يُحْيُوْنَ مَا اَمَاتَ النَّاسُ مِنْ سُنَّتِى. مسلم و ابن ماجه و الطبرانى
“Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing (tidak umum), dan akan kembali dengan asing lagi seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing“. Beliau ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang asing itu ?”. Beliau bersabda, “Mereka yang memperbaiki dikala rusaknya manusia”. Dan di lain riwayat beliau ditanya (tentang orang-orang yang asing), beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang menghidup-hidupkan apa-apa yang telah dimatikan manusia daripada sunnahku”. [HR. Muslim, Ibnu Majah dan Thabrani]

Allah Allah Allah

Seorang sahabat minta sedikit nasihat, katanya

"rohani saya semakin lemah, rasa jauh dengan Allah.. :'( "

Kata saya,

Ambillah wuduk sebelum tidur
Cari tempat yang sunyi
Duduklah mengadap kiblat
Istighfar dan hilangkan segala dunia di hati

Kemudian
Solat dua rakaat
panjangkan sujud
Berceritalah pada Allah tika sujud itu
Dia Pendengar Setia

Selang antara solat
Buka Quran tafsir
Teliti pesanan Ilahi
Renungi Kalam-Nya dengan hati

Insya Allah
Meresap kembali kekuatan rohani.

Kita manusia tidak selamanya kuat, adakalanya lemah.
Maka Tafakkur itulah ubatnya..

Jagalah Waktu Dhuha mu

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Dengarlah Wahai Sahabat

 ”Sesungguhnya di sekitar Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang di atasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian cahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi juga bukan para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada tertegun (merasa iri) kepada mereka sehingga berkata, ’Ya Rasulullah, tolong beritahu siapa gerangan mereka itu?’ Beliau menjawab: ’Mereka adalah orang yang menjalin cinta karena Allah, dan saling bermajelis (duduk memikirkan sesuatu) karena Allah, dan saling mengunjungi karena Allah semata.” (HR Nasa’i)



Ukhuwah itu memang indah… bahkan sangat indah…. Jabat tangan dan peluk erat berbalut hangatnya salam menghiasi saat bersua dan diikuti bergugurannya dosa-dosa…. Wajah-wajah nan penuh pancaran senyum tersorot kala berjumpa walau tak saling kenal… Keresahan dan empati yang tumbuh di setiap diri ketika ada yang sakit…. Bantuan demi bantuan berduyun-duyun datang ketika ada yang tertimpa musibah…. Saling mengingatkan ketika ada yang hampir ”jatuh ke jurang” maksiat… Bermajelis bersama dimana salah seorang berbagi mutiara nasehat kemudian yang lain berderai air mata menimba hikmah…. Sungguh manis rasanya….

”Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah” (HR Abu Daud dari Barra’)

”Janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa saja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kegembiraan” (HR Muslim)

UKHUWAH…….. Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan… Ukhuwah… Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut… kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah… ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH…… Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami…

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan…. sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat… ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga… sahabat….

sabda Rasullulah S.A.w..”umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim..”

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya’nya yang suci dan bersih

Himpunan Hadis-Hadis

1) Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR Tirmizi)

2)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang hendak merasai kenikmatan iman, maka hendaklah dia mencintai orang Islam yang lain, semata-mata kerana Allah. (HR Musnad Ahmad, Bazzar dan Majma uz Zawaid)

3)‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan. (HR Musnad Ahmad)

4)Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar. (HR Muslim)

5)Dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meninggalkan sembahyang dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya. (HR Bazzar, Tabrani)

6)Dari Hind bin Abi Halab r.a ketika menceritakan peribadi Nabi SAW berkata bahawa Rasulullah SAW; (kerana umatnya) berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun. Baginda selalu diam dan tidak akan berbicara jika tidak perlu. (HR Tirmizi)

7)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam. (HR Bukhari)

8)hHadis Nabi s.a.w yg diriwayatkan oleh Abdullah Bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :

" Bahawa Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari . Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang , didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa . Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini , sedangkan aku diutus oleh Allah ta'ala untuk mencabut nyawanya , tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa "

9)Dari Abu Darda r.a meriwayaatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada siang dan malam kecuali Allah mengurniakan kepada hambaNya KeEhsananNya dan sedeqah. Dan tiada keehsanan yang lebih baik daripada berzikir kepadaNya. (HR Tabrani)

10)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah. (HR Tirmizi)

11)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Keelokkan dan kesempurnaan seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (HR Tirmizi)

12)Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim)

13) Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian. (HR Tirmizi)

14)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan memasuki syurga bagi orang yang tidak memelihara jirannya dari kejahatannya. (HR Muslim)

15)Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)





 Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya.."

Pemuda Subuh

Pemuda subuh....

Secara konsisten saya berpendirian bahawa pemuda yang bersolah subuh secara berjamaah adalah di kalangan pemuda yang istimewa. Apatah lagi bagi mereka yang berjaya meredahi kesejukan pagi di musim 'winter' yang mencecah 0'C.

Inilah di antara indikator kepada generasi yang sentiasa cuba untuk meneladani generasi pejuang seumpama generasi Mohamd al Fateh dan generasi Solahuddin al Ayyubi.

Wahai puteri Muslimah,

Sekiranya anda dilamar oleh seorang pemuda, tanya kepada mereka samada mereka juga melepasi kriteria pertama iaitu bersolat subuh secara berjamaah.

Wahai bakal mertua,

Sekiranya puteri anda dilamar mereka, murahkan mahar atau harga hantaran supaya perkahwinan mereka diberkati dan anda bakal menerima menantu dan cucu yang hebat.


Salam persaudaraan dan salam pejuangan