Rabu, 19 Disember 2012

Rintihan

Ketika Allah rindu pada hambanya , Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...
sabar merupakan ubat paling berkesan dalam menghadapi hadiah kerinduan daripada Allah..

dalam hadis qudsi Allah berfirman :
"Pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Selasa, 18 Disember 2012

Rindu Seorang Musafir

ya Allah....
seandainya aku tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan Orang Tua ku
satu pintaku...
tolong bahagiakan mereka
dengan kasih sayangMu...

كلبيحان اهلي مسجد

''...setiap satu langkah (ke masjid) menghapuskan satu dosa kecil yang pernah dilakukan dan dinaikkan satu darjat...''
(HR Muslim)

''...satu dari 7 golongan manusia yang akan diberi naungan Allah di bawah Arasy-Nya di hari tiada naungan kecuali naunganNya''Seorang yang dimana hatinya terpaut pada masjid...''
(hadis hasan riwayat imam al-Baihaqi)

''...sesiapa pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang , Allah akan menyediakan satu hidangan baginya . Hidangan itu adalah yang biasa diberikan kepada tetamu-tetamu syurgaNya...''
(HR Bukhari dan Muslim)

''...Rasulullah bersabda : ''sampaikan berita gembira ini kepada semua orang . Mereka yang berjalan pada waktu malam gelap menuju ke masjid , diberi cahaya yang terang benderang pada hari Kiamat kelak...''
(HR Abu Daud dan Tirmizi)

Isnin, 17 Disember 2012

Buat Si Cantik Yang Ku Sayangi

Nikmat paling manis adalah apabila Allah mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.Namun tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberi semangat perjuangan.Alirkan halawatul ukhwah,,kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati.
Ya Allah,peliharalah insan ini dan peliharalah ukhwah kami...Amin..!!
        JAGA DIRI     JAGA AMAL  
         JAGA IMAN

Andai Diri Ini alpa ingatkanlah...
          andai diri ini silap tegurkanlah...
                   andai diri ini lemah kuatkanlah  

Tuhanku


Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinyaAgar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam
Ya Allah
Aku redha mencintai
Dan dicintai
Jika ini ketentuan Ilahi
Akan ku simpan bisik hati ini
Sehingga harinya terpatri
Dua jiwa bersemi

Alhamdulillah

#“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

#"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)

# Diriwayatkan daripada Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Rasulullah SAW pernah suatu hari berpesan kepadanya: "Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu". (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Seadanya


♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH
♥Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak..

KU MINTA

♥ Saya tak minta yg SOLEHAH,sebab saya pun tak lah SOLEH sgt
♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZAH, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZ
♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada
♥ Nak minta yg CANTIK, saya tak lA KACAK , sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH    ciptakan   
♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA
♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid dibina
♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia.

Pernikahan Ini


Pernikahan dan Perkahwinan..

(Warkah dari hati ke hati. Kita bnama insan.. Moga saling memahami erti sebenar pengorbanan jiwa dalam perkahwinan)

Pernikahan dan Perkahwinan..

Menyingkap takbir rahsia...WANITA..isteri yg kamu nikahi.. Tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah..pun tidak setabah Fatimah..apalagi secantik Zulaikha..Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yg punya cita-cita mjadi solehah..

Pernikahan dan Perkahwinan..

Mengajar kita punyai tanggungjawab bersama..Isteri menjadi tanah..kamu langit penaungnya..Isteri ladang tanaman..kamu pemagarnya..Isteri kiasan ternakan..kamu gembalanya..Isteri adalah murid..kamu gurunya..Isteri bagaikan anak kecil dan kamu tempat bermanjanya..Bila wajah kehidupan bertukar paksi..Saat isteri menjadi madu..kamulah penawar bisanya..Seandainya isteri tulang yg bengkok, berhati-hatilah mluruskannya...

Pernikahan dan Perkahwinan..

Membawa sejuta rahmat. Menginsafkan kita perlunya IMAN dan TAQWA, untuk belajar meniti sabar dari redha ALLAH SWT kerana memiliki isteri yg tidak sehebat mana..

Justeru, kamu bernama lelaki akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah pun bukan pula Saidina Ali. Tapi kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh. Amin

Kemanisan Wudhuk


oleh Ir Hilmy pada pada 19hb Mac 2012 pukul 10.52 pagi ·

Saya Cintakan Islam Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

KahwinAwal


Ini alasan untuk anda semua KAHWIN AWAL kalau orang tanya:-

1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin.
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan.
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila-bila masa sahaja
4. Nak ada zuriat yang dapat bahagiakan dan doakan saya
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yang lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama.




imtihan nihai sudah dekat


DOA TUK SISWA SAAT UJIAN NASIONAL
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ سَهْلاً إِذَا شِئْتَ
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlan, wa anta taj’alul_hazna sahlan idza syi`ta
“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah, jika Engkau menghendakinya.”
(Hadis Shahih HR. Ibnu Hibban No.974)

Rindu Ku Padamu


♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.
.✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk        melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

Perkara sebelum tidor


Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi) Rasulullah berpesan kpd Aisyah ra : "Ya Aisyah jgn engkau tidur sebelum melakukan 4perkara, iaitu : 1. Sebelum khatam Al Quran, 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 3. Sebelum para muslim meridhai kamu, 4. Sebelum kau laksanakan haji & umrah

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?" Rasul tersenyum & bersabda :1."Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3x seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.
2. Bacalah selawat untukku & para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah utk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, 4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji & Umrah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah wlaupun sdikit)

Wahai Dia yang disana


Tidak banyak yang aku inginkan dari mu. Aku hanya ingin satu.

Kekalkanlah hati mu untuk selalu mencintai ALLAH.
Kerana jika kau mncintai ALLAH, kau juga akan mencintai RasulNya.
Dan jika kau mencintai RasulNya, kau juga akan mencintai al-Quran dan sunnahnya.
Dan jika kau cinta akan al-Quran dan sunnahnya,maka kau pasti tidak akan melakukan hal yang boleh menyakitkan ku. InsyaAllah.. ♥

✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan...

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.


“Tetapi, ada sesuatu perkara yang ana masih lagi fikirkan, ustaz. Ana rasa tidak layak untuk muslimat itu. Beliau seorang yang hebat peribadinya. Bertudung labuh. Kerja dakwah dan tarbiah sangat hebat. Istiqamah melakukan usrah. Malah, sangat menjaga ikhtilat antara lelaki bukan mahram. Lemah lembut. Tetapi, tegas dalam melakukan kerja. Beliau seperti sekuntum mawar berduri. Ana rasa tidak layak untuk muslimat itu. Itu yang membuatkan ana ragu-ragu untuk merisik dan taaruf dengan beliau, serta menggunakan perantaraan ustaz sebagai orang tengah."

“Hmm. Enta yang rendah diri sangat ini.”

Sindrom ‘aku tidak layak’

Tak dinafikan. Ramai yang berfikiran seperti ini. Samada yang soleh mahupun yang solehah. Meletakkan kayu ukur ‘aku tidak layak’, maka membuatkan diri rasa tidak mahu untuk merisik atau taaruf. Abi pernah berbicara dengan seorang sahabat. Beliau berkata; jika semua rasa tidak layak, maka siapa yang akan berkahwin yang si soleh dan si solehah ini?

Abi terkesan dengan kata-kata beliau. Perkara ini sering terjadi kepada si solehah. Disebabkan si solehah itu hebat peribadinya, membuatkan si soleh rasa tidak layak untuk si solehah. Menyebabkan tiada siapa yang ingin merisik si solehah yang hebat itu, untuk dijadikan calon isteri.

Malah, perkara ini juga sering terjadi kepada si soleh. Si soleh merisik si solehah. Disebabkan si soleh itu hebat peribadinya, menyebabkan si solehah itu rasa tidak layak untuk si soleh, sungguhpun telah dirisik oleh si soleh. Maka, membuat keputusan menolak untuk bertaaruf, kerana si solehah rasa tidak layak untuk si soleh.

Jangan terus membuat kesimpulan melulu bahawa ‘aku tidak layak’. Tetapi, harus diingat. Perlu juga ukur baju di badan sendiri! Jangan perasan bahawa diri itu si soleh atau si solehah. Jika solat berjemaah pun tidak istiqamah, malas menghadiri majlis ilmu, diri sendiri tidak terurus, masa banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia, maka layakkah untuk memiliki soleh/solehah sebagai pendamping?

Maka, jadikan diri sendiri sebagai kayu ukur. Jangan terlalu merendah diri. Disamping itu, istiqamah untuk melengkapkan diri dengan ilmu agama. Kerana sibuk melengkapkan diri lebih penting daripada sibuk mencari calon isteri. Tetapi, abi tidak maksudkan mencari calon isteri tidak penting!

Beranikan diri

Jika sudah bertemu yang soleh mahupun solehah, lakukan istikharah dan istisyarah. Jadikan Allah sebagai tempat yang utama untuk kita bergantung, dalam membuat sesuatu keputusan. Bukan hanya dengan nafsu semata-mata. Pilih untuk berserah diri kepada Allah.

Jika sudah dapat ketenangan, maka teruskan merisik. Tetapi, gunakan orang perantaraan yang sudah berkahwin atau baitul muslim. Sebab apa? Supaya lebih terjaga perhubungan antara si soleh dan si solehah. Syaitan akan sentiasa berusaha untuk menggoda manusia supaya melakukan dosa, dalam keadaan kita sedar atau tidak. Maka, berhati-hati!

Mulakan langkah seterusnya

“Haa, enta faham tak, apa yang ustaz telah terangkan tadi? Jangan terlalu rasa rendah diri. Ustaz rasa enta layak untuk Siti. InshaAllah. Teruskan berdoa. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Sebelum ustaz bernikah, ustaz juga rasa tidak layak untuk jauzah ustaz. Beliau seorang yang hebat peribadinya. Bertudung labuh dan berpurdah. Tetapi, ustaz beranikan diri. Alhamdulillah. Sudah enam tahun berkahwin dan mempunyai dua orang anak.”

“Hmm. Syukran jazilan atas nasihat dan bimbingan ustaz. InshaAllah. Ana yakin dengan pilihan ana. Ana nak minta tolong ustaz boleh? Boleh ustaz dapatkan biodata muslimat itu, melalui baitul muslim? Ana ingin merisik beliau. Ana ingin tahu visi dan misi hidup beliau. Setelah itu, jika sudah yakin, ana berhajat untuk taaruf pula dengan beliau.”

“InshaAllah, ustaz akan usahakan. Semoga Allah permudahkan urusan enta.”